Bidaan pada minit dan saat akhir harus dielakkan. Pihak Heritage Auctioneers serta "Servis Provider" tidak akan bertanggungjawab atas sebarang 
kerosakan / slip sementara (kerosakan kuasa, kerosakan Internet dll.) di
 pihak vendor. Pembida diminta untuk membuat semua persiapan / 
alternatif yang diperlukan seperti bekalan kuasa alternatif dan 
lain-lain yang diperlukan agar anda dapat mencegah keadaan tersebut dan 
terus menyertai dalam lelongan dengan berjayanya.
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi keperluan sistem 
seperti "hardware", "software", sambungan Internet di premis anda untuk 
mengakses Portal Heritage eBid Online Auction.
 
Firma Pelelong tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab diatas 
gangguan dalam perkhidmatan, kesilapan, dan / atau omisen, yang 
disebabkan oleh apa jua cara dan tidak menjamin perkhidmatan atau 
penggunaan Laman web yang berterusan, tanpa gangguan atau tanpa 
kesilapan. Pembida mengakui bahawa lelongan ini dijalankan secara 
elektronik dan bergantung pada perkakasan dan perisian yang mungkin 
tidak berfungsi tanpa amaran. Firma Pelelong, mengikut budi bicara mutlaknya, 
boleh membatalkan penjualan, menangguhkan pembidaan sementara dan 
menjual semula barang / lot yang terjejas oleh sebarang kerosakan. 
Keputusan Pelelong adalah muktamad.
Dalam keadaan apa-apa pun, Heritage Auctioneers tidak akan bertanggungjawab 
kepada pembida atas kerugian langsung atau tidak langsung yang dialami 
oleh mereka atau kerosakan yang disebabkan oleh mereka berikutan dari:
i) Penggunaan Portal Heritage eBidding Online Auction yang tidak betul, atau;
  
ii) Gagal Kesambungan Internet berkenaan dengan 
peralatan yang digunakan oleh Pengguna atau oleh Penyedia Perkhidmatan 
Internet, atau;
  
iii) Ketidakmampuan pembida untuk mengemukakan 
bidaan mereka kerana masalah yang berkaitan dengan "hardware", 
"software", atau faktor lain yang bersifat peribadi / istimewa / lokal 
kepada penawar.