03-55181442

Terma Bidaan

Bidaan pada minit dan saat akhir harus dielakkan. Pihak Heritage Auctioneers serta "Servis Provider" tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / slip sementara (kerosakan kuasa, kerosakan Internet dll.) di pihak vendor. Pembida diminta untuk membuat semua persiapan / alternatif yang diperlukan seperti bekalan kuasa alternatif dan lain-lain yang diperlukan agar anda dapat mencegah keadaan tersebut dan terus menyertai dalam lelongan dengan berjayanya.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi keperluan sistem seperti "hardware", "software", sambungan Internet di premis anda untuk mengakses Portal Heritage eBid Online Auction.

Firma Pelelong tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab diatas gangguan dalam perkhidmatan, kesilapan, dan / atau omisen, yang disebabkan oleh apa jua cara dan tidak menjamin perkhidmatan atau penggunaan Laman web yang berterusan, tanpa gangguan atau tanpa kesilapan. Pembida mengakui bahawa lelongan ini dijalankan secara elektronik dan bergantung pada perkakasan dan perisian yang mungkin tidak berfungsi tanpa amaran. Firma Pelelong, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh membatalkan penjualan, menangguhkan pembidaan sementara dan menjual semula barang / lot yang terjejas oleh sebarang kerosakan. Keputusan Pelelong adalah muktamad.


Dalam keadaan apa-apa pun, Heritage Auctioneers tidak akan bertanggungjawab kepada pembida atas kerugian langsung atau tidak langsung yang dialami oleh mereka atau kerosakan yang disebabkan oleh mereka berikutan dari:

i) Penggunaan Portal Heritage eBidding Online Auction yang tidak betul, atau;

ii) Gagal Kesambungan Internet berkenaan dengan peralatan yang digunakan oleh Pengguna atau oleh Penyedia Perkhidmatan Internet, atau;

iii) Ketidakmampuan pembida untuk mengemukakan bidaan mereka kerana masalah yang berkaitan dengan "hardware", "software", atau faktor lain yang bersifat peribadi / istimewa / lokal kepada penawar.

RELATED ARTICLES

Terma Bidaan

28 December, 2021 @ 12:13pm
Bidaan pada minit dan saat akhir harus dielakkan. Pihak Heritage Auctioneers serta "Servis Provider" tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / slip sementara (kerosakan kuasa, kerosakan Internet dll.) di pihak vendor. Pembida dimi

Bidding Condition

27 December, 2021 @ 12:11am
Bidding in the final minutes and seconds should be avoided in the bidders own interest. Neither Heritage Auctioneers nor Service Provider will be responsible for any failure/lapse (Power failure, Internet failure etc.) on the part of the v

Registration Procedure For Estate Agents

10 March, 2023 @ 03:35am
Notice to real estate agents who wish to register directly with us.

We would like to remind all registered real estate agents to take their registration with us seriously. It is crucial that you adhere to the following procedures:
1. Please